Tahukah anda...bahawa daerah kota belud sekarang ni banyak menyimpan
sejarah yang lama, sejak beratus-ratus tahun yang lalu? boleh dikatakan
bahawa kawasan Kota Belud pada masa dahulu adalah merupakan tumpuan para
pedagang dari Tanah Besar Asia. Dengan kedudukan yang strategik dan
kaya dengan pelbagai hasil hutan yang menarik perhatian pedagang,
terutamanya orang China yang inginkan kayu gaharu, emas dan sarang
burung yang diniagakan oleh penduduk tempatan melaui kaedah tukar barang
atau sistem barter.
Sejarah perdagangan dikawasan pantai
barat sabah telah bermula sekitar abad ke 7 masihi, bersamaan dengan
kelahiran beberapa buah kerajaan lama seperti Langkasuka (Kedah Purba)
dan semasa empayar Sriwijaya meluaskan empayarnya di seluruh Nusantara
Melayu. Keadaan ini berterusan sehingga kedatangan beberapa kuasa barat
seperti Belanda, Portugis dan Inggeris yang mengamalkan sistem
perdagangan monopoli dan merosakkan perdagangan pedagang Asia dengan
penduduk tempatan. Sehingga sekarang, Kota Belud dikenali sebagai sebuah
daerah yang unik kerana terdapatnya dua elemen penting yang terhasil
daripada peninggalan sejarah perdagangan yang tertua iaitu. Institusi
'tamu' dan kewujudan kuda padi yang banyak didaerah ini.
Pelabuhan yang sering dikunjungi oleh para pedagang China diantara abad
ke 6 hingga abad ke 15 masihi ialah pelabuhan kuala abei (Kuala Abai)
Nama Abai ini telah dijumpai dalam manuskrip lama kerajaan sriwijaya
sebagai pelabuhan yang maju di kawasan Pantai Barat Borneo Utara.
Penjumpaan tembikar lama abad ke 7 Masihi di Abai oleh Tom Harrison,
pakar sejarah negeri sabah telah mengukuhkan lagi tanggapan ini.
Pedagang China biasanya menukarkan bekalan bekalan makanan dan hasil
hutan yang di inginkan mereka iaitu kayu gaharu, emas dan rotan dengan
pakaian, tempayan, pinggan mangkuk dan dulang tembaga. Biasanya mereka
akan mencari satu tempat yang strategik untuk membolehkan semua puak
penduduk tempatan mengumpulkan barangan mereka disitu. Kawasan
perdagangan ini menjadi petempatan kekal sehingga beratus-ratus tahun
lamanya sehinggalah konsep 'Tamu' itu diperkenalkan semula pada zaman
penjajah.
Kuda merupakan sejenis binatang yang hanya terdapat
di tanah besar Asia. dipercayai bahawa binatang ini telah dihadiahkan
oleh pedagang China kepada ketua-ketua puak tempatan agar mereka
diberikan hak dan perlindungan untuk berniaga dikawasan tersebut. Kuda
ini menjadi alat tunggangan kelas satu dan sebagai kayu pengukur untuk
menunjukkan status kebangsawanan sesebuah keluarga sehinggalah abad ke
20. Binatang ini berkembang baik sehinggalah Kota Belud menjadi sebuah
kawasan Yang dinamakan "Pekan Cowboy". Ini kerana binatang tersebut
sekarang ini hanya digunakan untuk mengawal lembu sahaja.
No comments:
Post a Comment