Panggilan Dusun digunakan sendiri oleh suku kaum Dusun yang mana sebutan ini berasal daripada perkataan do susuun yang bermaksud tempat penyusunan kayu api untuk tujuan memasak[perlu rujukan]. Perkataan dusun akhirnya digunakan merujuk kepada kumpulan masyarakat. Panggilan terhadap kumpulan masyarakat di kalangan kaum Dusun dimulakan dengan perkataan Dusun, misalnya Dusun Tombonuo, Dusun Kimaragang dan sebagainya merujuk kepada kumpulan Tombonuo, kumpulan Kimaragang dan sebagainya.
Pakaian Tradisional
Pakaian tradisi Etnik Dusun dahulu asalnya dibuat daripada serat spesis pisang hutan, kapas dan sebagainya. Selalunya hanya satu bahan sahaja yang diguna namun kadangkala bahan-bahan tersebut digabungkan. Kain yang siap ditenun akan dicelup ke dalam nila asli dan kemudian akan dikeringkan. Apabila kering, kain akan dijahit menjadi tudung(penutup kepala/sunduk), baju, skirt atau seluar.Tarian Sumayau
Tarian ini merupakan tarian asli suku kaum Dusun daripada daerah Tuaran dan juga dikenali sebagai Madsayau. Tarian Sumayau merupakan tarian khas bagi menyambut hari Mengaji atau dalam bahasa Dusun disebut Mengahau. Oleh yang demikian ianya tidak ditarikan dalam majlis-majlis bersukaria seperti menyambut hari keramaian dan sebagainya.Persembahan tarian diketuai oleh seorang Bobolian iaitu wanita yang telah lanjut usianya dan dalam pengetahuannya mengenai upacara-upacara tertentu. Ia harus juga dari keturunan Bobolian.
Mengahau adalah suatu majlis yang diadakan besar-besaran dan mengambil masa hingga lima hari lima malam.Tujuannya adalah untuk mengaji gusi-gusi, (gusi-gusi ialah sejenis tampian besar) untuk menghormati atau memuja gusi-gusi itu, Di samping itu upacara sedemikian juga adalah untuk memperingati keluarga yang telah meninggal dunia iaitu seperti kenduri arwah yang lazim dilakukan oleh masyarakat Melayu Islam.
Sebaik sahaja muzik dimainkan penari-penari mulalah menari dan terus menuju ke ruang atau gelanggang tari. Gerakkan tangan penari-penari adalah mengikut irama lagu. Gerak kaki adalah perlahan jika dibandingkan dengan gerak tangan. Penari bergerak berinsut-insut yang amat perlahan. Gerak tarian akan bertambah rancak sedikit apabila mendapat tepukan atau rangsangan daripada para penonton
No comments:
Post a Comment